F1 GP Bahrain di SIC angkat imej Malaysia di persada antarabangsa

Foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Kejayaan menganjurkan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 berjaya mengangkat imej negara di persada antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memungkinkan peminat tempatan kembali merasai kehangatan aksi F1 di tanah air.
  • Membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan.
  • Ucapan penghargaan kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna.
  • Terima kasih kepada semua pihak menjayakan acara di Litar Antarabangsa Sepang, meninggalkan kenangan istimewa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, acara sukan permotoran berprestij itu bukan sahaja membolehkan peminat tempatan kembali merasai kehangatan aksi F1 di tanah air, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan.

“Penghargaan khusus kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna ini. Semoga hubungan erat kedua-dua negara terus mekar,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut disertakan video sorotan perlumbaan yang melabuhkan tirai Ahad lepas.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sehingga meninggalkan kenangan istimewa buat rakyat Malaysia serta peminat F1 dari seluruh dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.