Tentera Oman pindah kru kapal diserang di Selat Hormuz

Anggota Tentera Udara Diraja Oman membawa mangsa yang cedera ke Hospital Khasab/Foto VIORY

MUSCAT, 7 Oktober — Tentera Udara Diraja Oman memindahkan 10 anggota kru kapal komersial berbendera Panama yang cedera selepas kapal itu diserang di Selat Hormuz, berhampiran Musandam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal MT On Peace diserang kira-kira sembilan batu nautika timur laut Lima, Musandam, mengakibatkan kebakaran di atas kapal.
  • India mengecam serangan; dilaporkan 12 anak kapal cedera termasuk 11 warga India.
  • Mangsa yang cedera dipindahkan ke Hospital Khasab untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan pihak berkuasa Oman.
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab; insiden berlaku ketika rundingan keselamatan Selat Hormuz antara Iran dan Amerika Syarikat menemui jalan buntu.

Kapal MT On Peace dilaporkan terkena serangan kira-kira sembilan batu nautika di timur laut Lima, Musandam, menyebabkan kebakaran berlaku di atas kapal.

Kesemua kru berkenaan diterbangkan menggunakan helikopter ke Hospital Khasab untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, India mengecam serangan tersebut dan memaklumkan 12 anggota kru cedera, termasuk 11 warga India.

Mangsa yang cedera turut dipindahkan ke Hospital Khasab dengan bantuan pihak berkuasa Oman.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Insiden berlaku ketika keselamatan pelayaran di Selat Hormuz menjadi antara isu utama dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat yang kini dilaporkan menemui jalan buntu. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.