
LIMA, 7 Oktober — Polis Peru memusnahkan peralatan dan kemudahan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perlombongan haram, bernilai lebih AS$375,000 (kira-kira RM1.5 juta) dalam operasi di Madre de Dios.
- Operasi dijalankan di Punto Azul, daerah Inambari pada Isnin lalu.
- Dua lelaki, 32 dan 33 tahun, ditahan disyaki terbabit dengan kumpulan jenayah Los Azules de la Mineria.
- Polis memusnahkan lapan kapal korek, tujuh enjin selam, empat kolam dan tujuh kem.
- Operasi guna helikopter libatkan unit khas, tentera dan pendakwa raya; merampas enjin, kira-kira 1,100 gelen diesel dan empat motosikal.
Operasi dijalankan di kawasan Punto Azul, daerah Inambari, pada Isnin lalu..
Dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan jenayah Los Azules de la Mineria.

Polis memusnahkan lapan kapal korek, tujuh enjin selam, empat kolam dan tujuh kem yang dipercayai digunakan untuk mengeluarkan mineral secara haram.
Pasukan keselamatan turut merampas sebuah enjin, kira-kira 1,100 gelen diesel dan empat motosikal.
Operasi menggunakan helikopter itu membabitkan unit polis khas, anggota tentera serta pendakwa raya alam sekitar.
Kedua-dua suspek dan barangan yang dirampas diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – VIORY