fb fb fb fb fb

Keputusan anjur Sukan Komanwel 2026 utamakan kepentingan negara, rakyat

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya keputusan yang bakal diambil oleh Jemaah Menteri berhubung penganjuran Sukan Komanwel 2026 mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat.

Beliau berkata, perbincangan penganjuran temasya sukan ketiga terbesar yang dijadual diadakan dalam mesyuarat Kabinet esok itu, memerlukan penelitian terperinci dan tidak boleh diputuskan secara sambil lewa.

"Apa yang pasti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan nombor satu. Tidak akan sama sekali membazirkan wang pembayar cukai jika pun bersedia untuk menganjurkannya. Kita akan memastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali ianya melibatkan duit rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN