Emas Aichi-Nagoya suntik motivasi Shahmalarani ke Kejohanan Dunia

C. Shahmalarani/ Foto RTM

SEPANG, 25 September – Jaguh karate negara, C. Shahmalarani kini mengalihkan fokus kepada Kejohanan Dunia dengan sasaran memperbaiki prestasi dan memburu pingat yang lebih baik, selepas merealisasikan sasaran meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menang acara kumite wanita bawah 50kg, menewaskan Tsang Yee Ting melalui keputusan juri selepas final berakhir 0-0.
  • Kejayaan menjadi pencetus untuk terus memperbaiki prestasi di pentas antarabangsa, bukan dianggap sebagai noktah.
  • Memberi perhatian kepada pembangunan atlet muda dengan fokus kepada kejohanan antarabangsa kategori junior sebagai persediaan.

Shahmalarani mengungguli acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting menerusi keputusan juri selepas aksi final berakhir 0-0.

Kejayaan itu, sekali gus merealisasikan salah satu sasaran peribadinya di pentas antarabangsa, selain menyuntik motivasi untuk terus melangkah ke cabaran seterusnya.

“Sukan Asia ialah salah satu sasaran saya untuk diri sendiri dan saya berjaya mencapainya.

“Kejayaan ini memberi motivasi kepada saya untuk terus mara ke Kejohanan Dunia seterusnya, dengan sasaran untuk memperbaiki prestasi dan memburu pingat yang lebih baik.

“Pertama sekali, saya sangat bersyukur dapat menerima pingat emas ini,” katanya ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini.

Bagi Shahmalarani, kejayaan di Aichi-Nagoya bukan noktah, sebaliknya menjadi pencetus untuk meningkatkan lagi prestasi di pentas antarabangsa.

Dalam pada itu, Shahmalarani turut memberi perhatian kepada pembangunan atlet muda, dengan beberapa kejohanan antarabangsa kategori junior bakal menjadi antara fokus persediaan skuad karate negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.