Malaysia ketengahkan kejayaan 5G di MWC Doha 2026

Datuk Seri Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Plenipotentiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-PP26) di Doha, Qatar.

DOHA, 8 November – Malaysia terus mengetengahkan kejayaan dan perkembangan pesat infrastruktur digital negara di pentas antarabangsa menerusi penyertaan dalam Mobile World Congress (MWC) Doha 2026: Forum Kepimpinan Digital serta Persidangan Plenipotentiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-PP26) di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rangkaian 5G kedua mencapai 90% liputan pada Oktober 2026, sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal.
  • Peralihan ke model dwi rangkaian 5G memperkukuh persaingan, menggalakkan pelaburan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.
  • Pelaburan besar sejak 2020 melalui JENDELA dan komitmen Kerajaan MADANI memacu ekosistem digital serta kerjasama strategik antarabangsa.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil yang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan berkenaan berkata, beliau akan turut serta dalam sesi Meja Bulat Peringkat Menteri bagi berkongsi pencapaian negara dalam peluasan rangkaian 5G.

Beliau berkata rangkaian 5G kedua negara telah berjaya mencapai 90 peratus liputan pada Oktober 2026 iaitu sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal yang ditetapkan.

“Pencapaian ini menandakan kemajuan penting dalam peralihan Malaysia kepada model dwi-rangkaian 5G yang bertujuan memperkukuh persaingan, menggalakkan pelaburan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi,” katanya menerusi Facebooknya.


Menurut Datuk Seri Fahmi lagi, sejak tahun 2020, Malaysia telah membuat pelaburan berskala besar bagi memperluas dan memperkukuh infrastruktur digital nasional menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus mempromosikan kejayaan tanah air di platform global di samping memperkukuh kerjasama strategik demi memacu pembangunan ekosistem digital dan telekomunikasi negara,” ujarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.