Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah sehingga 11 November ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terengganu terjejas; beberapa daerah Kelantan turut terlibat, termasuk Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Kuala Krai.
  • Kawasan terjejas di Pahang: Kuantan, Pekan dan Rompin; di Sabah: Kudat serta kawasan Sandakan seperti Paitan, Telupid, Labuk, Sugut dan Kinabatangan.
  • Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, amaran itu melibatkan seluruh negeri Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan, iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai serta Jeli.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, di Sabah, amaran hujan berterusan berkuat kuasa mulai esok hingga Rabu, melibatkan daerah Kudat serta beberapa kawasan di Sandakan, iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.