KUALA LUMPUR, 22 September - Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei cipta sensasi selepas meraih gelaran juara badminton Terbuka China, sebentar tadi.
Pasangan ranking ke-12 dunia itu mengatasi wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 pada aksi final di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.
Kemenangan itu menyaksikan Izzuddin-Sze Fei menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada edisi 1989.
Pada aksi final, Izzuddin-Sze Fei diasak bertalu-talu dengan permainan kemas Ji Ying-Xiang Yu sehingga penghujung set pertama yang berkesudahan 21-13.
Bersambung babak kedua, Izzuddin-Sze Fei tekad bangkit dengan aksi bertenaga.
Hasilnya memberi kemenangan 21-12 bagi dan mengheret perlawanan ke set penentuan.
Tampil lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi Izzuddin-Sze Fei seakan berkeyakinan untuk melakar gelaran juara dengan kemenangan 21-17.
Untuk rekod, ini adalah gelaran kedua Izzuddin-Sze Fei musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun, bulan lalu.
Selaku juara, Izzuddin-Sze Fei membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih AS$70,000 (RM294,360).