SUBANG JAYA, 13 Mei- Komitmen atlet badminton negara, Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas dalam temasya Olimpik Paris 2024, perlu ada dalam jiwa setiap semua atlet kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata keyakinan tinggi itu sememangnya diperlukan demi melakar sejarah.
Tambah Hannah, walaupun Zii Jia tiada dalam program 'Road To Gold', pihak KBS dan Majlis Sukan Negara akan tetap memberikan sokongan kepada semua atlet yang mewakili negara ke Olimpik.
"Bagus, kalau semua atlet yakin dengan kemampuan mereka. Itu keyakinan yang kita nak supaya mereka pergi dengan cukup keyakinan yang itu sangat penting," kata Hannah kepada pemberita.
Zii Jia sebelum ini, menyuarakan hasrat untuk memenangi pingat emas, sebaik sahaja Persekutuan Badminton Dunia mengeluarkan senarai akhir pemain yang layak beraksi di Olimpik Paris.
Kelayakan itu merupakan penampilan kedua Zii Jia selepas terkandas pada pusingan 16 terbaik di Olimpik Tokyo pada 2020.