Belanjawan 2027: Bantuan tunai pacu perniagaan domestik

Steven Sim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Pemberian bantuan tunai bersasar menerusi Belanjawan 2027 dijangka memangkin aktiviti perniagaan domestik.

RINGKASAN BERITA AI
  • BAP 2027 diluluskan sebanyak RM1 bilion bagi persediaan persekolahan, dijangka meningkatkan perbelanjaan isi rumah untuk kelengkapan murid.
  • BAP dinaikkan dari RM150 kepada RM200 setiap murid melibatkan kira-kira 5.3 juta murid untuk sesi persekolahan 2027.
  • Peruntukan STR dan SARA meningkat kepada RM16 bilion; SARA sehingga RM150 sebulan (maksimum RM1,800 setahun) melibatkan sehingga 9 juta penerima.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, impaknya bakal dilihat apabila bantuan diterima rakyat dibelanjakan semula.

Beliau memberi contoh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027 dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion yang dijangka memberi limpahan positif kepada perniagaan tempatan menerusi peningkatan perbelanjaan isi rumah bagi persiapan persekolahan.

“Cuba teka ke mana wang RM1 bilion ini akan pergi? Kepada perniagaan di seluruh Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Eksport Enterprise 50 (E50), di sini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan BAP dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan 2027, melibatkan kira-kira 5.3 juta murid.

Selain BAP, peruntukan keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion.

Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau maksimum RM1,800 setahun, dengan manfaat dijangka melibatkan sehingga sembilan juta penerima.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.