MAS, Batik Air batal 23 penerbangan antara KL-Jakarta

Gunung Anak Krakatau/ Foto AFP

KUALA LUMPUR, 7 September – Malaysia Airlines membatalkan 15 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta hari ini susulan letusan serta aktiviti abu gunung berapi dari Gunung Anak Krakatau, Indonesia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Abu dari Gunung Anak Krakatau mengganggu operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
  • Malaysia Airlines dan Batik Air membatalkan penerbangan; keselamatan penumpang dan kru kekal keutamaan.
  • Penumpang diminta kemas kini butiran di 'My Booking'; Batik Air menawarkan tukar tarikh atau bayaran balik tertakluk kekosongan.

Malaysia Airlines memaklumkan abu gunung berapi itu menyebabkan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta terjejas buat masa ini.

“Penerbangan yang terjejas ialah MH710, MH711, MH712, MH713, MH716, MH717, MH720, MH721, MH722, MH723, MH724, MH725, MH726, MH726D dan MH727.

“Syarikat penerbangan nasional itu berkata pihaknya sedang memantau perkembangan situasi berkenaan dan sebarang kemas kini mengenai penerbangan terjejas akan disampaikan secara terus kepada penumpang,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Batik Air turut melanjutkan pembatalan lapan penerbangan antara Kuala Lumpur, Subang dan Jakarta hari ini susulan aktiviti gunung berapi tersebut.

“Penerbangan terlibat ialah OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua syarikat penerbangan menegaskan keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan.

Penumpang Malaysia Airlines diingatkan untuk memastikan butiran perhubungan dikemas kini menerusi fungsi ‘My Booking’ di laman sesawangnya bagi menerima makluman melalui e-mel dan SMS.

Sementara itu, penumpang Batik Air yang terjejas boleh memohon untuk menukar tarikh perjalanan ke penerbangan seterusnya yang tersedia, tertakluk kepada kekosongan, atau memohon bayaran balik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.