Tekanan kos pengeluar beri risiko menaik kepada inflasi domestik – MBSB IB

Foto Fail RTM

KUALA LUMPUR, 29 September – Tekanan kos di peringkat pengeluar yang semakin meningkat berpotensi memberi risiko menaik kepada prospek inflasi Malaysia, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

RINGKASAN BERITA AI
  • IHPR menunjukkan tekanan kos meluas merentasi rantaian pengeluaran, terutamanya komponen berkaitan tenaga.
  • Kenaikan inflasi pengeluar didorong oleh komponen tenaga, menandakan harga komoditi lebih tinggi sebagai punca utama tekanan kos.
  • Syarikat berisiko memindahkan kos lebih tinggi kepada pengguna, menambah tekanan menaik kepada prospek inflasi domestik.
  • Kenaikan sektor perlombongan dan pembuatan serta naiknya harga bahan mentah, perantaraan dan barangan siap menjejaskan IHPR.

Dalam nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata perkembangan terkini Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menunjukkan tekanan kos kekal meluas merentasi rantaian pengeluaran, terutama komponen berkaitan tenaga.

”Kenaikan dalam inflasi pengeluar sebahagian besarnya didorong oleh komponen berkaitan tenaga, yang menunjukkan bahawa harga komoditi yang lebih tinggi kekal sebagai punca utama tekanan kos.

“Keadaan ini menimbulkan risiko menaik kepada prospek inflasi domestik kerana syarikat mungkin memindahkan sebahagian daripada kos yang lebih tinggi kepada harga jualan,” katanya.

Menurut MBSB IB, inflasi IHPR meningkat 10.7 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2026, berbanding 9.7 peratus pada Julai.

Manakala secara bulanan ia meningkat 1.0 peratus daripada 0.7 peratus sebelumnya.

Dari segi sektor, kenaikan itu terutama dipacu sektor perlombongan yang meningkat 41.2 peratus, manakala sektor pembuatan meningkat 8.8 peratus.

Sementara itu, mengikut peringkat pengeluaran, harga bahan mentah meningkat 24.8 peratus, diikuti bahan perantaraan dan komponen sebanyak 9.6 peratus serta barangan siap sebanyak 3.1 peratus.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.