Kadar pasaran wang dijangka stabil minggu depan disokong operasI BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 September- Kadar pasaran wang antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi pengurusan mudah tunai Bank Negara Malaysia (BNM).

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menjalankan operasi mudah tunai harian melalui tender repo berbalik, termasuk repo berbalik Islam dengan cagaran murabahah dan perjanjian jual beli semula.
  • Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.05 bilion daripada RM36.10 bilion minggu lepas.
  • Lebihan mudah tunai sistem Islam berkurangan kepada RM22.51 bilion; Kadar Semalaman Islam MYOR-i 2.76% setakat 10 September 2026.

Bank pusat itu menjalankan operasi mudah tunai setiap hari sepanjang minggu ini melalui tender repo berbalik, termasuk tender repo berbalik Islam yang melibatkan cagaran komoditi murabahah dan perjanjian jual beli semula, bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.05 bilion daripada RM36.10 bilion pada minggu lepas.

Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam berkurangan kepada RM22.51 bilion daripada RM23.0 bilion pada minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 10 September 2026. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.