Belanjawan MADANI Kelima, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemah kepada kesejahteraan rakyat – PM

Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanjawan 2027 fokus meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dinikmati secara lebih adil.
  • Perdana Menteri mengakui pertumbuhan ekonomi sahaja tidak mencukupi jika rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup.
  • Segala perincian akan dibentangkan Jumaat ini dan diharapkan ikhtiar kerajaan dipermudah serta diberkati Allah SWT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedar bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja belum cukup memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Justeru, Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.

“Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, Insya-Allah. Semoga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2027 kepada media bagi menjelaskan hala tuju serta ikhtiar Kerajaan MADANI untuk rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.