Lima syarikat korporat bayar zakat perniagaan RM41.72 juta

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 7 Oktober – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat bagi tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayaran zakat diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
  • Lembaga Tabung Haji menyumbang jumlah terbesar RM27.01 juta, diikuti Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM5.60 juta.
  • Maybank, Bank Rakyat dan Rural Capital turut menunaikan zakat; majlis disaksikan pemimpin agama dan pihak LZS.

Bayaran zakat itu diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada satu majlis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Lembaga Tabung Haji menyumbang jumlah terbesar iaitu RM27.01 juta, diikuti Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM5.60 juta.

Kumpulan Kewangan Islam Maybank pula menunaikan zakat sebanyak RM4.22 juta, Bank Rakyat RM3.38 juta dan Rural Capital Sdn Bhd RM1.51 juta.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Senator Datuk Salehuddin Saidin dan Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.