UniSIRAJ kekal ISO 9001:2015, perkukuh sistem kualiti

Foto RTM

SAMARKAND, 7 Oktober – Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti pada Mei 2026 menerusi Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA), sebuah badan pensijilan dan jaminan kualiti antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejayaan mencerminkan komitmen berterusan UniSIRAJ melaksanakan pengurusan kualiti secara sistematik dan berkesan.
  • Pengiktirafan meningkatkan keyakinan pemegang taruh serta memperkukuh imej dan kredibiliti universiti.
  • MoU ditandatangani bersama Imam Bukhari International Scientific Research Center bagi mengukuhkan kerjasama penyelidikan.
  • Arahan memperkukuh keberkesanan sistem melalui pemantauan prestasi, pengurusan risiko, audit dalaman dan tindakan pembetulan berterusan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kejayaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan UniSIRAJ dalam memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan selaras dengan standard pengurusan kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Pengiktirafan itu juga dapat meningkatkan keyakinan pemegang taruh terhadap keupayaan UniSIRAJ, di samping memperkukuh imej dan kredibiliti universiti
sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengutamakan kualiti, pematuhan serta penambahbaikan berterusan,” baginda bertitah pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Samarkand Uzbekistan.

MoU tersebut antara UniSIRAJ dan Imam Bukhari International Scientific Research Center (IBISRC), di Pusat Penyelidikan Saintifik Antarabangsa Imam Bukhari.

Baginda turut menitahkan agar UniSIRAJ terus memperkukuh keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti melalui pemantauan prestasi proses secara berterusan, pengurusan risiko dan peluang, audit dalaman, tindakan
pembetulan serta usaha penambahbaikan yang berterusan.

Turut menyaksikan MoU berkenaan, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.