Amir Masdi tutup tirai 2026 dengan AM:PM Showcase

Amir Masdi bakal menutup tirai menerusi ‘AM:PM Showcase’

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Penyanyi Amir Masdi bakal menutup tirai 2026 dengan persembahan istimewa menerusi ‘AM:PM Showcase’ yang dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur.

RINGKASAN BERITA AI
  • Showcase ini akan menonjolkan sisi peribadi Amir melalui vokal, susunan muzik baharu dan elemen visual.
  • Acara dianggap sebagai penghargaan kepada peminat dan ruang interaksi lebih dekat serta intim.
  • Amir percaya setiap lagu ada kisah, dan mahu penonton pulang membawa kenangan sukar dilupakan.
  • Penganjur pilih Amir kerana kredibiliti sebagai penghibur dan kelompok peminatnya yang terus berkembang.

Dianjurkan AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment, showcase itu bakal menampilkan sisi lebih peribadi Amir sebagai penyanyi, penghibur dan pengkarya menerusi persembahan yang menggabungkan vokal, susunan muzik baharu serta elemen visual.

Menurut Amir, penganjuran showcase berkenaan menjadi ruang untuk meraikan perjalanan seninya bersama peminat yang sentiasa memberikan sokongan sejak awal pembabitannya dalam industri muzik.

“Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut.

“Saya mahu semua yang hadir bukan sekadar menonton persembahan, tetapi pulang dengan kenangan yang sukar dilupakan,” katanya.

Amir turut menyifatkan ‘AM:PM Showcase’ sebagai tanda penghargaan kepada peminat, selain peluang untuk berinteraksi dengan mereka dalam suasana lebih dekat dan intim.

Sementara itu, wakil penganjur, AR United Music berkata, pemilihan Amir dibuat berdasarkan kredibilitinya sebagai penyanyi dan penghibur, selain kelompok peminatnya yang terus berkembang.

Menurutnya, showcase itu dirangka bagi mengetengahkan sisi Amir yang lebih dekat dengan peminat, berbeza daripada persembahan berskala besar.

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur pula dibuat bagi mewujudkan suasana lebih intim, sekali gus membolehkan interaksi antara Amir dan peminat berlangsung dengan lebih dekat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.