Sebuah PPS dibuka di pontian susulan banjir kilat

JOHOR BAHRU, 20 Oktober – Sejumlah 57 penduduk daripada 21 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • PPS Sekolah Kebangsaan Penerok, Tanjung Piai dibuka malam tadi untuk menempatkan mangsa banjir kilat.
  • Seramai 57 penduduk daripada 21 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara tersebut.
  • Kawasan terjejas termasuk Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis; cuaca kini dilaporkan cerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Penerok , Tanjung Piai itu mula dibuka 8 malam tadi.

Beliau berkata kawasan yang terjejas ialah Kampung Makam, Penerok dan juga Kampung Parit Bugis.

“Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berlaku petang tadi namun dilaporkan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.- BERNAMA