Pembinaan bilik darjah tambahan IBS tangani kepadatan murid

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (tengah) mengadakan tinjauan Pelaksanaan Projek Bilik Darjah Tambahan di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, Batu Berendam/ BERNAMA

BATU BERENDAM, 8 September – Pembinaan bilik darjah tambahan secara Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan membolehkan bilik khas yang digunakan sebagai ruang pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan kembali ke fungsi asalnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah segera kementerian menangani kepadatan murid susulan kemasukan dua kohort pada sesi persekolahan 2027.
  • Pembinaan bilik darjah tambahan di ruang sedia ada disasarkan siap dalam masa kurang daripada enam bulan.
  • Di Melaka, 53 sekolah menerima manfaat; 49 sekolah melepasi kapasiti, termasuk kelas berlebihan lebih 35 murid.
  • Masalah paling ketara di kawasan bandar besar seperti Lembah Klang dan Johor Bahru, dengan 40 hingga 45 murid setiap kelas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pendekatan berkenaan merupakan langkah segera kementerian bagi bagi menangani kepadatan murid susulan kemasukan dua kohort murid pada sesi persekolahan 2027.

Di Melaka, sebanyak 53 sekolah menerima manfaat menerusi inisiatif berkenaan, dengan 49 daripadanya merupakan sekolah yang telah melepasi kapasiti sedia ada, termasuk mempunyai lebih 35 murid bagi setiap kelas.

“Untuk menangani isu sekolah padat, khususnya di kawasan bandar besar seperti Lembah Klang dan Johor Bahru (JB), serta kawasan yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, terdapat sekolah yang menempatkan lebih 40 hingga 45 murid dalam satu kelas.

“… dan quick win ataupun the game changer bagi saya, bagi Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan kita dapat membina bilik darjah tambahan di ruang yang sedia ada dengan kadar yang segera supaya ia boleh terus untuk disiapkan dalam masa kurang daripada 6 bulan dan boleh digunakan dengan segera”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, Batu Berendam.

Tambahnya, pada 2027 sistem persekolahan akan menerima kemasukan dua kohort murid, iaitu kohort tujuh tahun dan kohort enam tahun.

Setakat ini jumlah berdaftar bagi kohort tujuh tahun adalah 416,632, manakala 73,487 orang bagi murid kohort enam tahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.