
KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Program Pendigitalan Perniagaan 2026 (PPP26) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak, berjaya menarik penyertaan hampir 600 peserta khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
- Tumpuan PPP26 kepada media sosial, e-dagang, strategi pemasaran digital, pendigitalan operasi serta slot Scam Alert untuk kesedaran penipuan kewangan.
- Menyokong Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan inisiatif ReDI untuk memperluas penggunaan teknologi dalam kalangan peniaga.
- Program dirasmikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSM Rezy Izwan Ramly, siri pertama PPP26 tahun ini dan kesinambungan bimbingan keusahawanan.
- SSM menyalurkan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan CSR sebanyak RM300,000 kepada usahawan, mahasiswa asnaf, golongan B40 dan badan kebajikan.
Program peringkat negeri Perak yang berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh itu, antara lain memberi tumpuan termasuk penggunaan media sosial dan e-dagang, strategi pemasaran digital, pendigitalan operasi perniagaan serta kesedaran mengenai penipuan kewangan menerusi slot Scam Alert.
PPP26 turut menyokong Dasar Keusahawanan Nasional 2030 serta Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan, ReDI, dalam memperluas penggunaan teknologi dalam kalangan peniaga.
Program telah dirasmikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Rezy Izwan Ramly, merupakan siri pertama PPP26 bagi tahun ini yang merupakan kesinambungan program bimbingan keusahawanan SSM sebelum ini.
Berdasarkan statistik SSM sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 26,324 syarikat, 150,525 perniagaan dan 1,130 Perkongsian Liabiliti Terhad, aktif di Perak.
Dalam program sama, SSM turut menyalurkan Wakalah Zakat Korporat dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM300,000 kepada usahawan dan mahasiswa asnaf, golongan B40 serta beberapa institusi dan pertubuhan kebajikan di negeri itu.