Kelangsungan masa depan Malaysia perlu diutamakan – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Golongan muda perlu mengutamakan masa depan Malaysia dengan memperkukuh perpaduan dan menjadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpaduan dan kepelbagaian kaum serta agama diperkukuh sebagai kekuatan negara untuk mengangkat martabat dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Perjuangan kepentingan kaum atau agama mesti dilihat dalam kerangka lebih besar demi kelangsungan dan masa depan Malaysia.
  • Menolak pemikiran negatif yang memecah-belahkan masyarakat serta bersama membina negara hebat dan mengekalkan keharmonian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan itu penting untuk mengangkat martabat negara serta memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan.

Meskipun setiap individu berhak memperjuangkan kepentingan kaum atau agama masing-masing, namun perkara itu perlu dilihat dalam kerangka lebih besar demi kepentingan dan masa depan Malaysia.

“Saya yakin, walaupun negara ini kadang-kadang dibawa kepada perbincangan mengenai suku kaum dan kelangsungan sesuatu kaum atau komuniti, namun perkara yang lebih penting dan kritikal ialah memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026, di sini, hari ini.

Pada forum berkenaan Perdana Menteri turut menceritakan sejarah beberapa negara yang pernah berpecah akibat konflik serta kebencian yang berpunca daripada perbezaan kaum dan agama.

Sehubungan itu, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia dilihat sebagai asas perpaduan dan kekuatan tersendiri dalam usaha menyokong kemajuan negara agar boleh bersaing di peringkat global.

Golongan muda juga perlu menolak pemikiran negatif hingga boleh memecah-belahkan masyarakat, selain bersama-sama membina sebuah negara yang hebat msekali gus mengekalkan keharmonian sedia ada.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.