
IPOH, 3 Oktober – Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak ditutup pada pukul 2 petang tadi selepas banjir surut sepenuhnya di kawasan berkenaan, dengan semua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS Masjid Kampung Menteri menempatkan 55 penduduk daripada 15 keluarga.
- Tiga penduduk daripada dua keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong, Hilir Perak.
- Banjir menjejaskan Jalan Kampar-Langkap di Hilir Perak dan paras Sungai Bidor di Changkat Jong 4.24 meter melepasi paras bahaya.
PPS Masjid Kampung Menteri di daerah Larut, Matang dan Selama sebelum itu menempatkan 55 penduduk daripada 15 keluarga.
Sementara itu, tiga penduduk daripada dua keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong, Hilir Perak.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, banjir turut menjejaskan Jalan Kampar-Langkap di Hilir Perak.
Paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak kini berada pada 4.24 meter, melepasi paras bahaya.