Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan di Jalan Dudong

Foto JBPM Sarawak

SIBU, 3 Oktober – Dua individu maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Dudong, Kanowit-Julau, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan melibatkan sebuah kereta sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
  • Kereta sedan penumpangnya tersepit sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.
  • KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi; mangsa dikenal pasti sebagai Julahi Raduan dan Marliza Salleh.
  • Pacuan empat roda membawa dua dewasa dan tiga kanak-kanak; seorang wanita 33 tahun mengalami kecederaan ringan, empat penumpang lain selamat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu melibatkan sebuah kereta sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kereta sedan dinaiki seorang lelaki dan wanita dengan kedua-duanya dilapor tersepit sebelum dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya menggunakan peralatan khas menyelamat.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa dikenal pasti sebagai Julahi Raduan, 52, dan Marliza Salleh, 49.

Kenderaan pacuan empat roda membawa lima individu terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak berusia antara empat hingga 10 tahun.

Seorang wanita berusia 33 tahun yang menaiki pacuan empat roda itu mengalami kecederaan ringan, manakala empat penumpang lain dilapor selamat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.