Malaysia kekalkan hubungan baik, suara pandangan peraturan lebih adil

BRICS hanya menetapkan peraturan yang adil

KERALAM, 14 September – Penglibatan Kuala Lumpur dalam BRICS bukan untuk menentang mana-mana kumpulan, sebaliknya mahu memperjuangkan sistem serta peraturan antarabangsa yang lebih adil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Australia dan rakan antarabangsa lain.
  • Kerajaan menyuarakan keperluan melaksanakan pembaharuan kepada sistem antarabangsa sedia ada.
  • Sistem PBB yang dipersetujui 1945 dianggap usang, tidak adil dan tidak demokratik, perlu dibincang semula.
  • Menyokong usaha kurangkan kebergantungan kepada dolar AS dengan menggunakan mata wang tempatan untuk perdagangan antara negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Australia dan rakan-rakan antarabangsa yang lain.

“Namun, pada masa sama kita menyuarakan pandangan mengenai keperluan melaksanakan pembaharuan kepada sistem antarabangsa sedia ada.

“BRICS atau ASEAN bukan bermaksud untuk menentang kumpulan (blok) lain, BRICS hanya menetapkan peraturan yang adil.

“Bagaimana kita bincang mengenai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kita tidak bicara mengenai sistem berkenaan, sistem yang dipersetujui tahun 1945 telah usang, tidak adik serta tidak demokratik,”kata Datuk Seri Anwar sebelum mengakhiri lawatan kerja di India.

Beliau turut menyokong usaha mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (USD) dalam perdagangan termasuk menerusi penggunaan mata wang tempatan bagi transaksi antara negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.