PM pilih pendekatan sederhana dalam isu UMNO, utamakan kestabilan kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KERALAM, 14 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih pendekatan sederhana dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama dengan UMNO.

RINGKASAN BERITA AI
  • Utamakan kestabilan kerajaan untuk mengelak kerugian negara jika tindakan terlalu keras diambil.
  • Pendekatan sederhana, jangan pilih reaksi keras semata kerana perbezaan pandangan atau tidak mengampuni.
  • Dengarkan semua suara, kerana kebanyakan isu hanyalah kecil seperti masalah rumah tangga yang boleh diselesaikan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara itu bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus berfungsi dengan stabil kerana sebarang tindakan yang terlalu keras berhubung isu berkenaan boleh membawa kerugian kepada negara.

“Yang penting, kerajaan harus stabil kerana kalau tidak, banyak kerugian yang akan kita tanggung sebagai sebuah negara. Jadi, bagi saya, itu yang penting.

“Saya melihat, suara-suara seperti itu turut kita dengar, termasuk daripada UMNO. Tetapi kalau mahu memilih pandangan yang lebih keras hanya kerana soal tidak mengampunkan seseorang dan sebagainya, itu adalah pandangan tertentu.

“Kita dengar semua pandangan, tetapi bagi saya tidak ada masalah besar. Ada perkara kecil sahaja, kerana dalam rumah tangga pun ada masalah sedikit,” katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di Calicut di sini sebelum mengakhiri lawatan kerja ke India.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas mengenai beberapa isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.