JPJ buka bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena Hari Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia bermula Rabu ini hingga 20 September menerusi aplikasi JPJeBid.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siri H menawarkan nombor 1 hingga 9999; keputusan bidaan diumumkan pada 21 September.
  • Siri H bernilai simbolik tinggi, huruf tunggal terakhir, melambangkan keharmonian dan perpaduan sempena Hari Malaysia.
  • JPJ menggesa orang ramai merebut peluang kerana selepas ini tidak lagi menawarkan siri nombor huruf tunggal.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siri H menawarkan pilihan nombor 1 hingga 9999, manakala keputusan bidaan akan diumumkan pada 21 September.

Menurut beliau, siri H mempunyai nilai simbolik yang tinggi kerana merupakan huruf tunggal terakhir yang akan ditawarkan oleh JPJ, selain melambangkan keharmonian dan perpaduan sempena Hari Malaysia.

“Saya menggesa orang ramai merebut peluang mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan kerana selepas ini JPJ tidak lagi menawarkan siri nombor dengan huruf tunggal,” jelasnya.

Datuk Aedy Fadly turut menjelaskan penggunaan huruf H bagi siri istimewa itu berbeza daripada nombor pendaftaran teksi atau kenderaan pengangkutan awam.

Katanya, sebagai contoh bagi teksi, huruf H akan diiringi huruf pendaftaran negeri, seperti HA bagi Perak yang menggunakan huruf A sebagai kod pendaftaran negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.