
KULIM, 14 September – Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut akibat lemas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini.
- Polis menerima laporan dan anggota balai diarahkan ke lokasi kejadian.
- Dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
- Dua lagi didapati meninggal dunia di lokasi sebaik anggota tiba.
- Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum anggota dari Balai Polis Sungai Karangan diarah ke lokasi kejadian.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, dua kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang turut terjatuh ke dalam longkang itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Manakala dua lagi didapati meninggal dunia di lokasi kejadian sebaik anggota tiba di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika hujan lebat melanda petang tadi.