Jerebu: 22 kawasan catat IPU tidak sihat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Sebanyak 22 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 6.00 pagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi dicatatkan di Batu Pahat 195, Nilai 188 dan Putrajaya 183.
  • Beberapa kawasan lain merekodkan IPU tidak sihat, contohnya Segamat 178, Batu Muda KL 176, Petaling Jaya 174.
  • Sebanyak 23 kawasan mencatat IPU pada tahap sederhana dan tiga kawasan merekodkan kualiti udara baik.
  • Skala IPU: 0-50 baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat; melebihi 300 berbahaya.

Menurut maklumat portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 195, diikuti Nilai Negeri Sembilan (188), Putrajaya (183).

Selain itu, Segamat (178), Batu Muda Kuala Lumpur (176), Bukit Rambai dan Petaling Jaya (174), Banting (173), Alor Gajah dan Pasir Gudang (172) serta Tangkak (171).

Sementara itu, Klang dan Port Dickson (168), Temerloh (166), Kota Tinggi dan Indera Mahkota (163), Kluang (161), Jerantut (160), Rompin (157), Kemaman (156), Tawau (154) dan Tanjung Malim (153).

Manakala, sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tiga kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.