FBM KLCI dijangka berlegar dalam julat 1,630-1,640 mata

Tekanan jualan dana asing mungkin mengehadkan potensi kenaikan FBM KLCI

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus bergerak dalam julat 1,630 hingga 1,640 mata, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aktiviti pembelian saham berharga rendah dijangka menyokong pasaran.
  • Tekanan jualan dana asing mungkin mengehadkan potensi kenaikan indeks.
  • Teknologi dan penjagaan kesihatan mencatat kenaikan ketara; perkhidmatan kewangan dan hartanah susut, tenaga serta perladangan pula meningkat.

Rakuten Trade berkata, aktiviti pembelian saham berharga rendah dijangka memberi sokongan, namun tekanan jualan dana asing mungkin mengehadkan potensi kenaikan FBM KLCI.

Firma broker itu juga memaklumkan, pasaran saham tempatan ditutup sedikit tinggi semalam pada 1,633.35 mata, selepas mencatat prestasi kukuh pada sesi pagi.

Prestasi sektor secara keseluruhan positif dengan teknologi dan penjagaan kesihatan masing-masing meningkat 3.12 peratus dan 3.04 peratus.

Sektor tenaga naik 1.30 peratus dan perladangan menokok 1.24 peratus.

Sebaliknya, sektor perkhidmatan kewangan turun 0.38 peratus dan hartanah susut 0.29 peratus.

Sebanyak 667 kaunter meningkat berbanding 456 kaunter susut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.