fb fb fb fb fb

KPKT lulus RM36.34 juta naik taraf infrastruktur awam Kedah

(Nga Kor Ming mengadakan sesi lawatan ke Pasar Teluk Wanjah
di Alor Setar, Kedah)

ALOR SETAR, 24 Jun- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM36.34 juta melibatkan sebanyak 95 projek bagi menaiktaraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Kedah.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan menerusi Sentuhan Kasih KPKT disalurkan kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam demi manfaat penduduk setempat.

Sebanyak RM35.84 juta daripada jumlah keseluruhan itu melibatkan 13  projek yang diluluskan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga Jun tahun ini.

Sementara itu, sejumlah RM500,000 lagi membabitkan peruntukan menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur Pasar Teluk Wanjah, Dewan Dato Syed Omar, Projek Longkang Taman Pulai Jaya dan Dataran Kejat Medan Selera Darul Aman di Alor Setar yang diluluskan hari ini.

"Kebanyakan projek infrastruktur kita beri keutamaan kepada projek berimpak tinggi yang dekat di hati rakyat seperti naik taraf pasar awam, baik pulih tandas kotor, baiki jalan rosak serta lampu solar mampan, hijau dan jimat tenaga.

"Kesemua ini kita akan lihat kepada impak kepada rakyat dan bukan apa kementerian mahu atau pegawai mahu. Kita sentiasa memberikan peruntukan berdasarkan kepada apa yang rakyat mahu, ini adalah keutamaan kita," katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi lawatan ke Pasar Teluk Wanjah, di sini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mphd Yusri Md Daud.

Tambah Kor Ming, terdapat beberapa lagi projek berskala besar akan diberikan peruntukan pembangunan dan diumumkan kelak.

Keseluruhan peruntukan menaik taraf kemudahan awan serta infrastruktur itu merupakan peruntukan berlandaskan pelaksanan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

(Nga Kor Ming)

Media Baharu