fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak tunduk kepada penjenayah godam sistem MAHB- PM

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Kerajaan tidak tunduk kepada penjenayah yang didakwa cuba menggodam Sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam insiden yang berlaku baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak tuntutan penggodam kepada kerajaan untuk membayar mereka AS$10 juta.

"Semalam kita bicara tentang serangan siber dan hacking (godam) dan agak berat terhadap MAHB.

"Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan, termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperolehi dana AS$10 juta atau sebagainya

"Saya tak tunggu lima saat. Saya terus jawab "No". Tidak mungkin negara ini akan selamat kalau pimpinan dan sistemnya mengizinkan kita tunduk kepada ultimatum penjenayah dan perkhianatan dalam atau luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM