Aichi-Nagoya 2026: Trio kata negara tebus gangsa selepas tewas kepada Kuwait

Trio karate negara dibarisi (dari kiri) Mohamad Haznil Henry, Muhammad Aiqal Asmadie dan Mukhriz Mazlan meraikan kejayaan selepas menewaskan Vietnam 3-2, sekaligus menyumbang pingat gangsa acara kata lelaki berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gimnasium Toyohashi hari ini

NAGOYA, 23 September- Trio karate negara meraih pingat gangsa dalam acara kata lelaki berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Vietnam 3-2 dalam penentuan tempat ketiga di Gimnasium Toyohashi, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trio dibarisi Mukhriz Mazlan, Mohamad Haznil Henry dan Muhammad Aiqal Asmadie menampilkan persembahan kemas dan bertenaga.
  • Mereka tewas 0-5 kepada Kuwait pada peringkat separuh akhir tetapi bangkit untuk terus menyumbang kepada kem karate negara.
  • Kemenangan itu melengkapkan tiga pingat karate hari ini selepas Thevendran Kaliana Sundram dan H. Sureeya Sankar terlebih dahulu.
  • Muhammad Aiqal berkata gandingan dua bulan itu terbukti berkesan; mereka rasa seperti beraksi dalam perlawanan akhir dan beri segala-galanya.

Malaysia yang dibarisi Mukhriz Mazlan, Mohamad Haznil Henry dan Muhammad Aiqal Asmadie menampilkan persembahan kemas dan bertenaga untuk mengatasi wakil Vietnam sekali gus mengesahkan tempat di podium.

Trio negara terlebih dahulu tewas 0-5 kepada Kuwait pada peringkat separuh akhir, namun bangkit dalam aksi penentuan gangsa untuk memastikan kem karate negara terus menyumbang pingat.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia meraih pingat gangsa ketiga menerusi karate setakat hari ini selepas Thevendran Kaliana Sundram dan H. Sureeya Sankar terlebih dahulu menghadiahkan pingat sama dalam acara kumite.

Bagi Muhammad Aiqal, kejayaan itu membuktikan gandingan beliau bersama Mohamad Haznil dan Mukhriz, yang baru dibentuk sekitar dua bulan lepas, mampu menghasilkan keputusan positif pada pentas Sukan Asia.

“Perasaan itu umpama perlawanan akhir. Ketika kami beraksi, rasanya memang seperti perlawanan akhir, bukannya perlawanan bagi pingat gangsa. Kami memberikan segalanya, semua pukulan tepat dan benar-benar habis-habisan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.