11 terbunuh dalam serangan bersenjata di Afrika Selatan

Gambar hiasan janaan AI

DURBAN, 23 September – Sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh kediaman dan melepaskan tembakan rambang hingga mengorbankan 11 nyawa di sebuah kawasan perumahan di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang wanita hamil termasuk antara mangsa.
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam pada Selasa.
  • Dua mangsa dilaporkan selamat dan kini menerima rawatan perubatan.
  • Pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif serta mengesan suspek terlibat.

Menurut Ketua Kerajaan Wilayah KwaZulu-Natal, Thamsanqa Ntuli, antara mangsa yang maut ialah seorang wanita hamil dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan pada Selasa.

“Penyerang bersenjata melepaskan tembakan secara rambang selepas menceroboh rumah terbabit,” kata Ntuli kepada media.

Beliau berkata dua orang dilaporkan selamat dalam serangan tersebut dan kini sedang menerima rawatan.

“Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serangan serta mengesan kesemua suspek yang terlibat,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.