fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perempuan jatuh sungai ditemukan lemas

Foto Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Johor

ISKANDAR PUTERI, 14 Jun- Mayat seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Gelang Patah di Jeti Kampung Dapur Arang, Iskandar Puteri, ditemukan malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Polis M Kumarasan berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada pukul 4.40 petang pada hari sama daripada seorang lelaki. 

Kejadian berlaku ketika mangsa, Nur Aqisyah Abdullah, 10 tahun bersama adik perempuannya, 6 tahun serta rakan perempuan, 9 tahun sedang bermain di jeti berkenaan.

Semasa sedang duduk, mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. 

Mayat mangsa ditemukan pada jarak lima meter dari jeti, sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk bedah siasat. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM