fb fb fb fb fb

'Kampung Budaya Puteri Saadong' akan dibina di Ketereh

KETEREH, 3 Februari - Kampung Budaya Puteri Saadong akan dibangunkan di Bukit Marak, Ketereh, Kelantan dalam usaha memartabatkan elemen kesenian yang kaya di negeri itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata projek bernilai RM30juta itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Yayasan Pembasmian Kemiskinan (YKK) di atas tanah seluas 23.4 hektar.

Katanya, perkampungan budaya itu akan mempunyai beberapa komponen menarik termasuk gelanggang silat, kawasan riadah keluarga, kebun kijang, legenda trail dan pusat latihan remaja.

"Kita ambil Bukit Marak kerana sejarah legenda Kelantan Puteri Saadong sinonim dengan Bukit Marak.

"Kebetulan ada tapak yang boleh dimajukan dan pihak yang bersetuju untuk mengambil inisiatif dah lawat dan lantik perunding mereka dan perunding mereka telah pun mempersembahkan pada saya konsep pelan pertama dan saya dah setuju," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kelantanfm.

Tambahnya, projek mega itu akan dibangunkan bersebelahan tapak perkampungan digital yang kini dalam perancangan.

Media Baharu