Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di empangan Pasir Gudang

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, pada malam Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat anggota Pasukan Keluaran Operasi digegaskan ke lokasi selepas panggilan kecemasan pada pukul 10.36 malam.
  • Bapa memaklumkan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian, mencetuskan kebimbangan keselamatan.
  • Operasi mencari dan menyelamat untuk kanak-kanak berusia 11 tahun masih giat dijalankan oleh pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata, empat anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.36 malam.

“Bapa mangsa memaklumkan anaknya dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua kanak-kanak berusia 11 tahun itu masih dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.