
BANDAR BARU BANGI, 8 Mei – Lima lelaki warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki 2,810 kilogram gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen sah, 5 Mei lalu.
- Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Firdaus Md Isa.
- Kesalahan berlaku di premis tanpa nama di Jalan P6/1, Bandar Teknologi Kajang.
- Didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bersama Seksyen 34; hukuman denda hingga RM1 juta atau penjara tiga tahun; jaminan RM6,000.
Semua tertuduh, Syukri, Dahlan Ismail, Muhammad Nasir, Yusrizal dan Taufik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Firdaus Md Isa.
Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah premis tanpa nama di di Jalan P6/1, Bandar Teknologi Kajang.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 setiap seorang dan menetapkan 23 Jun depan unruk semula kes.