Kemalangan maut : Remaja 19 tahun direman

Suspek ditahan semalam, dipercayai memandu secara melulu bersama sebuah lagi kenderaan dipandu abangnya, yang hilang kawalan dan melanggar empat kereta

KLUANG, 2 Jun – Seorang remaja direman sehingga esok, bagi membantu siasatan kes kemalangan maut yang meragut lima nyawa di Jalan Renggam – Simpang Renggam, Kluang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Mustaqim Sukarno mengeluarkan perintah reman mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Suspek ditahan, dipercayai memandu secara melulu bersama abangnya yang hilang kawalan dan melanggar empat kereta.
  • Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berumur 10 tahun maut di lokasi.
  • Abang suspek meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno, di Mahkamah Majistret Batu Pahat, terhadap individu berusia 19 tahun itu mengikut membolehkan siasatan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek yang ditahan semalam, dipercayai memandu secara melulu bersama sebuah lagi kenderaan dipandu abangnya, yang hilang kawalan dan melanggar empat kereta.

Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak sepuluh tahun, meninggal dunia di lokasi.

Manakala abang suspek, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.