
BATU CAVES, 10 Oktober – Bantuan kewangan kepada rakyat dan pengurangan beban cukai antara pendekatan yang diketengahkan dalam Belanjawan 2027 bagi membantu menangani peningkatan kos sara hidup.
- Bantuan kewangan kerajaan membantu rakyat menampung perbelanjaan barangan keperluan.
- Potongan cukai memberi manfaat kepada golongan bergaji yang membayar cukai pendapatan.
- Belanjawan memberi manfaat melalui kombinasi bantuan langsung dan penjimatan cukai.
- Langkah termasuk menambah pemberian serta membenarkan potongan cukai walaupun tidak besar.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bantuan kewangan kerajaan dapat membantu rakyat menampung perbelanjaan pembelian barangan keperluan, manakala potongan cukai memberi manfaat kepada golongan pekerja yang membayar cukai pendapatan.
Menurutnya, pendekatan itu membolehkan rakyat menikmati manfaat belanjawan menerusi bantuan secara langsung dan penjimatan cukai.
“Saya nampak daripada pengumuman belanjawan, Perdana Menteri banyak menyentuh kepada bagaimana nak mengurangkan kos sara hidup. Jadi kos sara hidup ini ada pelbagai cara.
“Pertama, dia menambahkan pemberian untuk orang beli barang-barang, supaya membantu pendapatan ditambah dengan pendapatan yang diberi oleh kerajaan.
“Kedua juga memberi sebahagian daripada golongan yang terpaksa bayar cukai. Tetapi dia makan gaji. Jadi dia membenarkan potongan dan mengurangkan daripada segi cukai, walaupun tidak banyak, tetapi secara keseluruhannya masing-masing dapat rasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Pesta Hari Sukan Negara Futsal Piala Johari Ghani di sini, hari ini.