Campak bayi dari tingkat 10, ibu kandung didakwa esok

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Seorang ibu berusia 22 tahun yang disyaki campak bayinya dari tingkat 10 pada bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
  • Suspek ditahan pada pukul 12.00 tengah hari di perkarangan Hospital Sultanah Aminah.
  • Penahanan dibuat berdasarkan keterangan suspek membuang bayi yang masih bernyawa sehingga menyebabkan kematian.
  • Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di kawasan parkir sebuah flat pada 2 Mei.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat menerusi kenyataan memaklumkan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

“Suspek telah ditahan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di perkarangan Hospital Sultanah Aminah.

“Penahanan dibuat berdasarkan keterangan yang ada terhadap suspek yang telah membuang bayi yang masih bernyawa dari tingkat 10 sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Hasil semakan rmendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

Pada 2 Mei lalu, mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di kawasan parkir kenderaan sebuah flat kira-kira pukul 2.40 petang.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes terbabit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.