Huffaz perlu kuasai ilmu, kemahiran profesional

Foto RTM

BANGI, 10 Oktober — Graduan tahfiz perlu diberi peluang lebih luas untuk menceburi bidang profesional termasuk sains, kejuruteraan, perubatan, teknologi dan penyelidikan bagi memastikan potensi mereka dapat dimanfaatkan dalam pembangunan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Al-Quran mesti menjadi kompas; tidak menyekat cita-cita huffaz.
  • Aspirasi melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050 melalui Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, pembiayaan dan jaringan universiti industri.
  • Perkembangan AI, ekonomi digital dan teknologi tinggi menuntut penguasaan ilmu serta kemahiran profesional bagi daya saing.
  • Perkukuh Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia dan laluan Sijil untuk perluasan pendidikan tinggi serta kerjaya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendidikan tahfiz perlu berkembang seiring keperluan pembangunan modal insan negara, sekali gus membolehkan golongan huffaz melanjutkan pengajian ke universiti, mengikuti latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membina kerjaya dalam pelbagai sektor.

” Al-Quran tidak seharusnya mengecilkan cita-cita mereka”.

” Sebaliknya, al-Quran mesti menjadi kompas ketika mereka mahu melangkah lebih jauh”.

”Aspirasi kita ialah melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050 melalui Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, laluan pembiayaan serta jaringan universiti dan industri. Tetapi saya tidak mahu kita hanya mengejar angka”.

”Saya mahu melihat huffaz menjadi saintis, jurutera, doktor, usahawan, pembuat dasar dan pemimpin yang membawa integriti al- Quran ke dalam profesion masing-masing”, beliau berucap pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran ke -10 di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tahfiz Negara,menjelaskan perkembangan kecerdesan buatan (AI) , ekonomi digital dan teknologi tinggi menuntut graduan tahfiz menguasai ilmu serta kemahiran yang membolehkan mereka bersaing dalam pelbagai sektor.

Sehubungan itu, katanya, pengukuhan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, pembangunan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia dan pemantapan laluan menerusi Sijil Tahfiz Malaysia penting bagi memperluas peluang pendidikan tinggi serta kerjaya golongan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik peningkatan peruntukan bagi pengurusan hal ehwal Islam, sekolah pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat dalam Belanjawan 2027, selain penambahbaikan elaun tenaga pengajar dan petugas masjid.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.