Belanjawan 2027: Amanah, janji kerajaan kepada rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / RTM

PUTRAJAYA, 10 Oktober – Belanjawan MADANI 2027 bukan sekadar instrumen pengurusan kewangan negara, sebaliknya satu amanah dan janji antara kerajaan dengan rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanjawan dirangka mengambil kira pelbagai lapisan masyarakat, memacu pertumbuhan sambil menangani isu pekerjaan dan pendapatan.
  • Pendekatan menyeluruh memastikan ekonomi berkembang tanpa membebankan rakyat, menitikberatkan kesejahteraan.
  • Matlamat akhir belanjawan ialah menjamin keselesaan hidup dan keadilan sosial kepada semua lapisan masyarakat.
  • Peruntukan RM510 bilion disediakan untuk mengangkat martabat, kesejahteraan dan memperkukuh daya tahan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan yang dirangka mengambil kira keperluan pelbagai lapisan masyarakat bermula daripada memacu pertumbuhan ekonomi hingga kepada menangani isu pekerjaan, gaji dan pendapatan minimum.

“Ekonomi boleh rancak, tapi rakyat mungkin terbeban. Jadi inilah yang saya sebut satu falsafah, pendekatan yang melihat secara yang lebih menyeluruh. Dan itu sebenarnya belanjawan.

“Belanjawan negara ini belanjawan bagaimana negara boleh pegang amanah, jaga sebagai amanah ini, diambil sebagai satu wa’ad, janji yang mesti dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.

Beliau berkata demikian dalam rakaman Wacana Khas Belanjawan Madani di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Jelas beliau , pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan tidak semestinya menjamin kesejahteraan rakyat sekiranya sebahagian daripada mereka masih terbeban dengan kos sara hidup.

Perdana Menteri turut menegaskan matlamat akhir belanjawan adalah untuk menjamin keselesaan hidup dan keadilan sosial kepada semua lapisan masyarakat.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat yang memperuntukkan RM510 bilion, bagi mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat pada semua peringkat.

Belanjawan 2027 menggariskan lapan lunas utama merangkumi komitmen untuk kehidupan rakyat lebih baik hingga ke agenda memperkukuh daya tahan dan masa depan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.