
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Enam suspek terlibat dalam kes penculikan seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM7 juta pada 17 Julai lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok.
- Semua suspek lelaki tempatan dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.
- Jika sabit, hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, maksimum 40 tahun dan sebatan.
- PDRM melalui JSJ selesai siasatan terhadap lapan suspek; kertas siasatan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara 24 Julai 2026.
- Dua lagi suspek dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan dengan jaminan bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kesemua suspek lelaki tempatan itu akan dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah mengesahkan telah selesai menjalankan siasatan terhadap lapan suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta, sebagaimana dilaporkan berlaku di Petaling Jaya, Selangor pada 17 Julai yang lalu.
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 24 Julai sebelum pihak pendakwaan mengarahkan enam suspek didakwa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Datuk M. Kumar, dua lagi suspek lagi, masing-masing seorang perempuan dan seorang lelaki tempatan dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dengan jaminan polis bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.