Putera Salman dari Bahrain, Anwar tegaskan hubungan erat, tingkatkan kerjasama

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin menurut Agensi Berita Bahrain (BNA).
  • Menekankan hubungan mendalam Bahrain-Malaysia serta komitmen memajukan kerjasama dalam pelbagai sektor berkepentingan bersama.
  • Membincangkan langkah memperkasakan kerjasama pelbagai sektor selain perkembangan serantau dan antarabangsa.

Komitmen itu dinyatakan menerusi panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Ahad, menurut Agensi Berita Bahrain (BNA).

Semasa perbualan itu, Putera Salman dan Anwar menekankan hubungan mendalam antara Bahrain dan Malaysia serta komitmen kedua-dua pihak untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai sektor yang mempunyai kepentingan bersama.

Kedua-dua pihak turut membincangkan langkah untuk terus memperkasakan kerjasama pelbagai sektor, di samping perkembangan serantau dan antarabangsa. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.