Iran-Oman capai kemajuan rundingan Selat Hormuz

Foto REUTERS

TEHRAN, 26 Julai – Iran dan Oman mencapai kemajuan dalam rundingan mengenai keselamatan pelayaran di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan produktif mencapai kemajuan mengenai prinsip bersama dan mekanisme operasi untuk keselamatan pelayaran berasaskan penghormatan kedaulatan negara pesisir.
  • Iran dan Oman akan meneruskan rundingan pada peringkat teknikal dan politik selepas delegasi Oman pulang.
  • Status pelayaran masih tidak berubah walaupun rundingan sedang berlangsung.
  • IMO melaporkan hanya sebahagian kecil kapal melintas dan kira-kira 6,000 kru masih terkandas akibat ketidakstabilan keselamatan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata kemajuan rundingan itu dicapai selepas mengadakan beberapa pusingan perbincangan di sini pada Jumaat dan Sabtu.

“Rundingan berlangsung secara produktif dan beberapa kemajuan telah dicapai.

“Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara mendalam berkaitan prinsip bersama dan mekanisme operasi bagi memastikan laluan selamat kapal-kapal di Selat Hormuz berasaskan penghormatan terhadap hak kedaulatan kedua-dua negara pesisir,” katanya.

Tambah beliau, Iran dan Oman akan meneruskan rundingan di peringkat teknikal dan politik selepas delegasi Oman meninggalkan Tehran pada petang Sabtu.

Katanya lagi, situasi semasa pelayaran kapal melalui Selat Hormuz masih tidak berubah.

Sementara itu, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) turut memaklumkan hanya sebilangan kecil kapal kini berlayar merentasi laluan sempit itu, susulan peningkatan serangan baharu ke atas kapal-kapal yang berlayar.

“Sekurang-kurangnya 6,000 kru kapal di atas ratusan kapal masih terkandas di kawasan Selat Hormuz akibat situasi keselamatan yang tidak menentu,” menurut IMO. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.