Lelaki Malaysia maut dalam pergaduhan di Korea Selatan, seorang lagi ditahan – Laporan

Foto fail REUTERS

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki warga Malaysia berhubung kes tikam sehingga menyebabkan kematian seorang lagi rakyat Malaysia dalam satu pergaduhan berkumpulan di Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, lapor The Korea Herald pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pergaduhan berkumpulan kira-kira jam 3 pagi di bangunan komersial; kira-kira 10 individu daripada dua kumpulan bersetuju untuk berlawan.
  • Seorang lelaki Malaysia 20-an dipercayai ditikam semasa pergaduhan, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di hospital.
  • Seorang lagi cedera parah masih dirawat di hospital; polis menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pergaduhan.

Akhbar harian berbahasa Inggeris Korea Selatan itu melaporkan bahawa kejadian berlaku kira-kira 3 pagi Ahad di sebuah bangunan komersial, apabila kira-kira 10 individu daripada dua kumpulan bertentangan dipercayai berkumpul selepas bersetuju untuk berlawan antara satu sama lain.

Menurut laporan itu, suspek disyaki menikam seorang lelaki Malaysia berumur 20-an semasa pergaduhan berkenaan, menyebabkan mangsa cedera parah.

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, manakala seorang lagi individu yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di hospital.

Polis memaklumkan suspek melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan berkenaan, menurut laporan itu.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.