Kremlin nafi penglibatan Rusia dalam serangan siber peti sejuk di Eropah

Serangan siber hingga menjejaskan fungsi peti sejuk di sebuah pasar raya di Belgium/AFP

MOSCOW, 5 November – Kremlin pada Khamis menafikan penglibatan mereka dalam serangan siber yang menjejaskan fungsi peti sejuk pasar raya di seluruh Eropah minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negara-negara Eropah keluarkan amaran tentang peningkatan aktiviti sabotaj sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
  • Beberapa kedai runcit di sekurang-kurangnya sembilan negara menyaksikan suhu peti sejuk meningkat mendadak, menyebabkan pembaziran bekalan makanan bernilai ratusan juta dolar.
  • Kesatuan Eropah menyifatkan insiden itu sebagai cubaan sengaja mengganggu bekalan makanan di benua Eropah; Perancis alami serangan besar bulan lalu.

“Ini adalah kenyataan yang tidak masuk akal kerana tidak disokong oleh sebarang hujah mahupun bukti,” tegas jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

“Tuduhan tidak berasas terhadap negara kami ini dengan cuba mengaitkan Rusia dalam pelbagai isu, semakin menjadi trend berterusan di negara-negara Eropah,” tambahnya.

Negara-negara Eropah sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan aktiviti sabotaj oleh Rusia, sewaktu pencerobohan Moscow terhadap Ukraine berlarutan hampir lima tahun.

Beberapa kedai runcit dan pasar raya di sekurang-kurangnya sembilan negara Eropah menyaksikan suhu peti sejuk meningkat secara mendadak, sekali gus memaksa pihak peruncit membuang bekalan makanan yang dianggarkan bernilai ratusan juta dolar.

Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran insiden tersebut merupakan cubaan sengaja untuk mengganggu bekalan makanan di benua berkenaan.

Pasar raya di Belgium, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugal dan Sweden melaporkan masalah pada sistem penyejukan mereka minggu ini, manakala Perancis turut dilanda serangan berskala besar bulan lalu.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.