Program RISDA himpun lebih 500 peserta di Padang Besar

Foto RTM

PADANG BESAR, 29 November – Lebih 500 peserta khususnya di sekitar Padang Besar memeriahkan Program Riadah dan Pemerkasaan Ekonomi Agromakanan yang dibawakan khas oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Program mengeratkan silaturahim dengan komuniti serta memperkukuh pendapatan sampingan pekebun kecil.
  • RISDA komited memastikan pembangunan komuniti desa memberi manfaat menyeluruh.
  • Aktiviti merangkumi taklimat pertanian, sukan rakyat, Jualan Agro MADANI, pertandingan memasak dan penyampaian anugerah usahawan agromakanan.
  • Program mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perlis, KEMAS, FAMA dan LPPKN.

Menurut Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ruzaini Rais, program yang dilaksanakan bersama komuniti yang menggabungkan aktiviti kemasyarakatan dan sukan bersama taklimat serta penyampaian bantuan keusahawanan kepada pekebun kecil yang berjaya.

“Pelaksanaan program sebegini juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti serta memperkukuh pendapatan sampingan pekebun kecil.

“Penganjuran program berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan RISDA dalam memastikan pembangunan komuniti desa terus memberi manfaat menyeluruh,” katanya.

Beliau memaklumkan pada Program Riadah dan Pemerkasaan Ekonomi Agromakanan Negeri Perlis yang dianjurkan RISDA di Dataran Terinai Lake View Resort.

Bersempena program itu, pelbagai aktiviti turut dilaksanakan termasuk taklimat oleh Jabatan Pertanian, perkhidmatan kaunter Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sukan rakyat, pertandingan memasak asam pedas utara, Jualan Agro MADANI, pertandingan gubahan tuala, gotong royong memasak pulut kucai, pertandingan mewarna dan penyampaian anugerah usahawan agromakanan RISDA.

Program turut mendapat kerjasama strategik Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta LPPKN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.