Seorang rakyat Palestin dibunuh tentera Israel

Foto AFP

RAMALLAH, 29 November – Seorang rakyat Palestin dibunuh tentera Israel dalam pencerobohan di Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Kesihatan Palestin memaklumkan Hikmat Mohammed Faraj, 57, terbunuh dalam serangan Israel di kampung Madama, selatan Nablus.
  • Bulan Sabit Palestin berkata Hikmat ditembak di dada dengan peluru hidup dan disahkan meninggal dunia di hospital.
  • Ketua majlis kampung berkata tentera Israel turut memukul isteri, anak perempuan dan menantu perempuan Hikmat.
  • Lebih 1,100 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak 7 Oktober 2023, menurut data Kementerian Kesihatan Palestin.

Menteri Kesihatan Palestin memaklumkan Hikmat Mohammed Faraj, 57, terbunuh dalam serangan Israel di kampung Madama, selatan Nablus.

Menurut Bulan Sabit Palestin, Hikmat ditembak oleh tentera Israel di bahagian dada dengan peluru hidup dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Nablus.

Ketua majlis kampung Madama, Rami Nassar berkata selain menembak Hikmat, tentera Israel turut bertindak memukul isteri, anak perempuan, dan menantu perempuan Hikmat.

Sementara itu, Israel mendakwa tenteranya memasuki sebuah bangunan yang menjadi lokasi batu dibaling ke arah anggota tentera Israel ketika operasi dijalankan di Madama.

“Seorang individu cuba merampas senjata milik seorang pegawai ketika berlaku pergelutan fizikal menyebabkan pegawai berkenaan melepaskan tembakan.

“Seorang lagi pegawai tentera Israel mengalami kecederaan sederhana selepas senjata berkenaan terpesong ketika insiden berlaku.

“Individu berkenaan terus bertindak agresif terhadap anggota tentera sebelum mereka mengambil tindakan untuk meneutralkannya,” kata Israel.

Keganasan di Tebing Barat yang diduduki Israel sejak 1967 semakin meningkat sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.

Lebih 1,100 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak itu, dengan kebanyakannya terkorban akibat tindakan tentera Israel, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam tempoh sama, lebih 50 rakyat Israel terbunuh akibat serangan rakyat Palestin atau ketika operasi ketenteraan Israel dijalankan, menurut angka yang dikeluarkan pihak Israel.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.