fb fb fb fb fb

Penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan dalam siasatan

Fahmi ditemui ketika Program Ibadah Korban di Masjid Muhammadi, Angkasapuri

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Siasatan berhubung penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram, kini sedang dilaksana.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, tidak menolak kemungkinan akaun tersebut turut dikendalikan individu berstatus penjawat awam.

Tegasnya, individu terlibat mengendalikan akaun berkenaan berdepan tindakan undang-undang selaras Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM).

"Kita ingin tahu siapa yang terlibat di sebalik akaun ini, siapa yang bersekongkol, siapa yang mengkhianati. setiap penjawat awam yang boleh memegang rahsia telah bersumpah akan menyimpan rahsia dan sekiranya ada pihak yang telah bersekongkol untuk menyampaikan maklumat itu kepada pihak yang tidak patut menerimanya, padah akan mereka rasai nanti,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Ibadah Korban di Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE